Thursday, December 2, 2010

Padang dan Bukit Tinggi,Indonesia...








Kota Padang merupakan salah satu wilayah di kepulauan Sumatera,di bahagian Sumatera Barat.Jumlah kepadatan disini melebihi 757,600 orang(perkiraan tahun 2000).Di luar pesisir pantai Kota Padang terdapatnya kepulauan-kepulauan Mentawai yang mengadap Lautan Hindi.Pelabuhan Teluk Bayur di kota padang pula merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terbesar di pantai barat Sumatera.

Komuniti yang terbesar disini adalah berketurunan Melayu Minangkabau yang beragama Islam dengan peratusan 80%,diikuti yg bukan beragama Islam 20% sahaja.Sumber ekonomi komuniti di sini bergantung kepada hasil pertanian dan pelancongan.Dianggarkan hampir semua kawasan2 tanah di Padang diguna pakai dengan hasil penanaman padi dan penternakan ikan air tawar.

Dari segi pengangkutan pula,pengguna di sini lebih banyak mengunakan pengangkutan kecil seperti motosikal,dan pengangkutan tradisional seperti kereta kuda.Manakala pengangkutan awam pula banyak bergantung kepada van angkut dan keretapi diesel antarabandar.


Bukit Tinggi pula merupakan salah satu bandar terbesar di provinsi Sumatera Barat,dengan jumlah kepadatan penduduk melebihi 100 ribu orang dengan kawasan seluas 25.24km.Bukit Tinggi terletak di kawasan tanah pergunungan dan berada 90km dari Kota Padang.Gunung berapi yang terdapat disini Gunung Singgalang(tidak aktif) dan Gunung Marapi(aktif).....

Kuala Perlis


Merupakan satu pekan kecil dan mukim di Perlis.Ia menjadi terkenal disebabkan ia menjadi pintu masuk ke Pulau Langkawi.Pelbagai perancangan dan pembangunan di buat bagi menjadikan Kuala Perlis pusat membeli belah bebas cukai dari tiga negara iaitu Thailand,Indonesia dan Singapura di Bukit Putih.

Tak sah kalau kita mencuba makanan lautnya.Salah satu makanan laut yang terkenal ialah Laksa Kuala Perlis.Mengikut sejarah Kuala Perlis dahulu pernah menjadi tempat peperangan antara Kerajaan Kedah Tua dengan Siam.

Kuala Perlis juga menjadi tempat persinggahan burung2 seperti bangau..


Bukit Jugra



Merupakan salah satu bukit yang berada di daerah Kuala Langat.Bukit ini merupakan puncak yang tertinggi di Kuala Langat,bukit ini merupakan penanda sempadan diantara daerah Kuala Langat dengan daerah Klang.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan , perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.

Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, mengadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. 'Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.

Banjir Kedah 2010



Hampir seluruh 1/3 negeri Kedah mengalami banjir akibat terkena tempias dari arus perubahan monsun di selatan Thai,kerugian dianggarkan hampir mencecah ratusan jutaan ringgit,ini termasuklah kerosakan dari harta benda awam,keluarga..

Antara kawasan yang terjejas ialah Alor Star,Jitra,Jerlun,Anak Bukit,Hutan Kampung dan Kuala Nerang.Hampir seluruh jaringan jalan raya dan pengangkutan awam terjejas teruk..

Salah satu puncanyer aliran sungai yang tidak lancar,pelepasan air empangan dan air banjir dari selatan Thai...